Tahukah anda badan kita ada
keajaiban tersendiri? Setiap anggota badan kita mempunyai kehebatan dan kegunaannya.. Sungguh ajaib dan hebat manusia ciptaan
Allah.. Di bawah ni adalah
30 keajaiban badan manusia yang mungkin anda tidak tahu.
1.
Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.
2. Kelajuan batuk adalah
96.5 kilometer sejam…
3. Sel yang
paling kecil dalam badan manusia adalah
sperma manakala sel yang
paling besar adalah
ovum.
4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang
wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu
5. Secara purata,
jangka hayat rambut adalah sekitar
3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut…
Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu
6. Gigi manusia tumbuh
6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.
7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz
softball..
8. Gigi manusia mempunyai panjang
55 milimeter..
9. Apabila menjangkau usia
60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu
10. Terdapat
2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!
11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan
124 batu per jam…
12.
Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang… Wowww…
13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan
10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…
14.
Bayi sudah mula
bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…
15.
Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…
16.
Gigi manusia hampir keras seperti batu…
17. Jika manusia menjerit selama
8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…
18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan
200 otot..
19.
Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…
20. Terdapat
137 juta sel peka cahaya pada retina mata…
21. Tulang paha adalah
tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu
22.
Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala
otak kiri mengawal bahagian kanan badan…
23. Jantung kita berdenyut kira-kira
100 000 kali setiap hari…
24.
Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan
lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis
oleh asid yang terdapat didalamnya…
25.
Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…
26.
80% daripada diri kita adalah air…
27. Setiap jam, mata kita mampu memproses
36 000 bit informasi…
28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira
4-5 KG.
29. Luas permukaan
paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu
30. Ketika
mata kita
berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama
0.3 saat…
Betapa hebatnya penciptaan manusia… Subhanallah…
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi
orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu
tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)